Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Apabila seorang hamba Allah SWT itu diuji oleh Allah, maka mula-mulanya dia akan cuba melepaskan dirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jika ia tidak berjaya, ia akan meminta pertolongan dari orang lain seperti raja-raja atau orang-orang yang berkuasa, orang-orang dunia, orang-orang hartawan dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan doctor atau bomoh. Jika ini pun tidak berjaya, maka kembalilah ia menghadapkan wajahnya kepada Allah SWT dan memohon sambil merayu kepadaNya. Selagi ia boleh menolong dirinya, dia tidak akan meminta pertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak akan meminta pertolongan Allah SWT.
Jika dia tidak dapat pertolongan Allah, maka berterusanlah ia merayu, sembahyang, berdoa dan menyerahkan dirinya dengan penuh harapan dan cemas terhadap Allah SWT. Allah SWT tidak akan menerima rayuannya sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslah dia dengan hal-hal keduniaan, maka ketentuan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah ia dari hal-hal keduniaan. Tinggallah padanya ruh sahaja.
Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah SWT den tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid ( keEsaan Allah). Pada hakikatnya tidak ada pelaku atau penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah SWT tidak ada baik dan tidak ada jahat, tiadan rugi dan tiada untung, dan tidak ada faedah dan tiada anugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya dan papa, bahkan segala-galanya adalah dalam ‘tangan’ Allah.
Hamba Allah itupun seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang mendiamkan diri atau seperti bola dikaki pemain bola, melambung, bergolek ke atas, ke tepi dan ke tengah, senantiasa berubah tempat dan kedudukan. Dan tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia keluar dari dirinya dan masuk ke dalam lakuan Allah SWT semata-mata.
Si hamba Allah yang begini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatanNya. Tidak ada yang didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan atau kerja Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan Allah dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui pengetahuan Allah. Ia akan dianugerahi dengan anugerah Allah. Beruntunglah dia, kerana hampirnya dengan Allah. Beliau akan diperhias dan dimuliakan. Redhalah dia dengan Allah. Bertambah hampirlah dia dengan Tuhannya. Bertambahlah cintanya dengan Allah.Bertambalah seronoknya dalam mengenang Allah. Terdirilah ia ‘di dalam Allah’. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah kepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. Beliau mendengar dan mengingat hanya dari Allah Yang Maha Tinggi. Sentiasalah dia bersyukur dan sembahyang ke hadrat Allah SWT.
Blog ini adalah tentang Buku Futuhul Ghaib karangan Qutbul Aqtab Ghausul A’zam As-Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani (QSA). Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani ialah seorang Sufi dan Wali Allah yang besar. Beliau di lahirkan di Naif dalam daerah Jilan di negeri Farsi pada Bulan Ramadhan tahun 470 Hijrah bersamaan dengan 1077 Masihi. Beliau adalah dari keturunan Imam Hassan RA.
Beliau kembali ke Rahmatullah pada 11 haribulan Rabiul Akhir dalam tahun 561 Hijrah (1166 Masihi) ketika umurnya 91 tahun. Tarikh ini dikenang oleh pengikut-pengikutnya sehingga hari ini di seluruh dunia terutamanya di Pakistan dan India.
“Futuhul Ghaib” bererti “Pembukaan Kepada Yang Ghaib” ia adalah salah satu pusaka peninggalan beliau selain daripada Futuhul Rabbani dan Qasidah Al-Ghutsiah. Futuhul Ghaib mengandungi syarahan-syarahan beliau sebanyak 80 syarahan. Setelah beliau wafat, maka murid-muridnya telah menubuhkan satu organisasi yang bertujuan menanamkan ruh keIslaman yang tulin. Thariqat Qadriyah adalah satu organisasi yang diasaskan oleh anak-anak murid beliau.
Moga para pembaca di Blog ini dapat membuka dan menyingkap pintu hati dengan ruh keIslaman agar ruh itu bercambah menjadi Nur dan seterusnya meresapi seluruh tubuh dengan Nur keIslaman yang akhirnya menjadi seorang Muslim yang sejati.

Saturday, August 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment