Music


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones
Blog ini adalah tentang Buku Futuhul Ghaib karangan Qutbul Aqtab Ghausul A’zam As-Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani (QSA). Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani ialah seorang Sufi dan Wali Allah yang besar. Beliau di lahirkan di Naif dalam daerah Jilan di negeri Farsi pada Bulan Ramadhan tahun 470 Hijrah bersamaan dengan 1077 Masihi. Beliau adalah dari keturunan Imam Hassan RA.

Beliau kembali ke Rahmatullah pada 11 haribulan Rabiul Akhir dalam tahun 561 Hijrah (1166 Masihi) ketika umurnya 91 tahun. Tarikh ini dikenang oleh pengikut-pengikutnya sehingga hari ini di seluruh dunia terutamanya di Pakistan dan India.

“Futuhul Ghaib” bererti “Pembukaan Kepada Yang Ghaib” ia adalah salah satu pusaka peninggalan beliau selain daripada Futuhul Rabbani dan Qasidah Al-Ghutsiah. Futuhul Ghaib mengandungi syarahan-syarahan beliau sebanyak 80 syarahan. Setelah beliau wafat, maka murid-muridnya telah menubuhkan satu organisasi yang bertujuan menanamkan ruh keIslaman yang tulin. Thariqat Qadriyah adalah satu organisasi yang diasaskan oleh anak-anak murid beliau.

Moga para pembaca di Blog ini dapat membuka dan menyingkap pintu hati dengan ruh keIslaman agar ruh itu bercambah menjadi Nur dan seterusnya meresapi seluruh tubuh dengan Nur keIslaman yang akhirnya menjadi seorang Muslim yang sejati.

Saturday, August 8, 2009

Syarahan Keempat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apabila kamu ‘mati’ terhadap makhluk, maka dikatakan kepada kamu, “moga-moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu”, dan Allah akan mematikan kamu dari nafsu-nafsu badaniah. Apabila kamu telah ‘mati’ terhadap nafsu badaniah, maka akan dikatakan kepada kamu, “moga-moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu”, maka Allah akan mematikan kamu terhadap kehendak-kehendak dan nafsu. Apabila kamu telah ‘mati’ terhadap kehendak dan nafsu, makan akan diperkatakan kepada kamu, “moga-moga Allah melimpahi rahmatNya kepada kamu”, dan Allah akan menghidupkan kamu kepada satu hidup yang baru.

Selepas itu kamu akan diberi ‘hidup’ yang tidak ada mati lagi. Kamu akan dikayakan dengan tidak ada papa lagi. Kamu akan diberi kurniaan yang tidak akan rosak dan habis. Kamuuu akan diberi kebahgiaan yang tidak ada lagi kesusahan dan kesedihan. Kamu akan diberkati dan tidak akan dimurkai. Kamu akan diberi ilmu dan tidak lagi jahil. Kamu akan diberi kesentosaan dan tidak lagi ketakutan. Kamu akan maju dan lagi mundur. Nasib kamu akan baik tidak lagi buruk. Kamu akan dipermuliakan dan tidak lagi diperhinakan. Kamu akan dihampiri oleh Allah dan tidak jauh lagi. Martabat kamu akan bertambah tinggi dan tidak rendah-rendah lagi. Kamu akan dibersihkan dan tidak lagi merasai kotor. Pendek kata, jadilah kamu seorang yang tinggi dan mempunyai peribadi yang tersendiri. Bolehlah dikatakan kamu telah menjadi ‘Superman’ atau manusia luar biasa.

Jadilah kamu warisan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi dan orang-orang shidiq. Kamu akan jadi titik akhir bagi segala kewalian dan wali-wali yang masih hidup akan dating mengunjungi kamu. Melalui kamu segala kesulitan akan dapat diselesaikan dan melalui sembahyang kamu akan dapat memewahkan tanam-tanaman, menurunkan hujan, menghindarkan mala petaka yang hendak menimpa umat manusia dari segala pangkat dan kedudukan. Bolehlah dikatakan kamu menjadi pegawai polis untuk kota dan rakyat.

Orang akan dating mengunjungi kamu dari tempat yang dekat dan jauh dengan membawa hadiah-hadiah dan buah tangan dan memberi khidmat mereka kepada kamu.semua ini dengan izin Allah Yang Maha Perkasa dan Kuasa jua. Lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati dan memuji kamu. Tidak ada dua orang yang beriman yang bertelingkah mengenai kamu. Wahai mereka yang baik-baik yang tinggal di tempat-tempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurniaan Allah dan Allah mempunyai kuasa yang tiada batasan.

No comments: