Music


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones
Blog ini adalah tentang Buku Futuhul Ghaib karangan Qutbul Aqtab Ghausul A’zam As-Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani (QSA). Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani ialah seorang Sufi dan Wali Allah yang besar. Beliau di lahirkan di Naif dalam daerah Jilan di negeri Farsi pada Bulan Ramadhan tahun 470 Hijrah bersamaan dengan 1077 Masihi. Beliau adalah dari keturunan Imam Hassan RA.

Beliau kembali ke Rahmatullah pada 11 haribulan Rabiul Akhir dalam tahun 561 Hijrah (1166 Masihi) ketika umurnya 91 tahun. Tarikh ini dikenang oleh pengikut-pengikutnya sehingga hari ini di seluruh dunia terutamanya di Pakistan dan India.

“Futuhul Ghaib” bererti “Pembukaan Kepada Yang Ghaib” ia adalah salah satu pusaka peninggalan beliau selain daripada Futuhul Rabbani dan Qasidah Al-Ghutsiah. Futuhul Ghaib mengandungi syarahan-syarahan beliau sebanyak 80 syarahan. Setelah beliau wafat, maka murid-muridnya telah menubuhkan satu organisasi yang bertujuan menanamkan ruh keIslaman yang tulin. Thariqat Qadriyah adalah satu organisasi yang diasaskan oleh anak-anak murid beliau.

Moga para pembaca di Blog ini dapat membuka dan menyingkap pintu hati dengan ruh keIslaman agar ruh itu bercambah menjadi Nur dan seterusnya meresapi seluruh tubuh dengan Nur keIslaman yang akhirnya menjadi seorang Muslim yang sejati.

Saturday, August 8, 2009

Syarahan Keempat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apabila kamu ‘mati’ terhadap makhluk, maka dikatakan kepada kamu, “moga-moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu”, dan Allah akan mematikan kamu dari nafsu-nafsu badaniah. Apabila kamu telah ‘mati’ terhadap nafsu badaniah, maka akan dikatakan kepada kamu, “moga-moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu”, maka Allah akan mematikan kamu terhadap kehendak-kehendak dan nafsu. Apabila kamu telah ‘mati’ terhadap kehendak dan nafsu, makan akan diperkatakan kepada kamu, “moga-moga Allah melimpahi rahmatNya kepada kamu”, dan Allah akan menghidupkan kamu kepada satu hidup yang baru.

Selepas itu kamu akan diberi ‘hidup’ yang tidak ada mati lagi. Kamu akan dikayakan dengan tidak ada papa lagi. Kamu akan diberi kurniaan yang tidak akan rosak dan habis. Kamuuu akan diberi kebahgiaan yang tidak ada lagi kesusahan dan kesedihan. Kamu akan diberkati dan tidak akan dimurkai. Kamu akan diberi ilmu dan tidak lagi jahil. Kamu akan diberi kesentosaan dan tidak lagi ketakutan. Kamu akan maju dan lagi mundur. Nasib kamu akan baik tidak lagi buruk. Kamu akan dipermuliakan dan tidak lagi diperhinakan. Kamu akan dihampiri oleh Allah dan tidak jauh lagi. Martabat kamu akan bertambah tinggi dan tidak rendah-rendah lagi. Kamu akan dibersihkan dan tidak lagi merasai kotor. Pendek kata, jadilah kamu seorang yang tinggi dan mempunyai peribadi yang tersendiri. Bolehlah dikatakan kamu telah menjadi ‘Superman’ atau manusia luar biasa.

Jadilah kamu warisan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi dan orang-orang shidiq. Kamu akan jadi titik akhir bagi segala kewalian dan wali-wali yang masih hidup akan dating mengunjungi kamu. Melalui kamu segala kesulitan akan dapat diselesaikan dan melalui sembahyang kamu akan dapat memewahkan tanam-tanaman, menurunkan hujan, menghindarkan mala petaka yang hendak menimpa umat manusia dari segala pangkat dan kedudukan. Bolehlah dikatakan kamu menjadi pegawai polis untuk kota dan rakyat.

Orang akan dating mengunjungi kamu dari tempat yang dekat dan jauh dengan membawa hadiah-hadiah dan buah tangan dan memberi khidmat mereka kepada kamu.semua ini dengan izin Allah Yang Maha Perkasa dan Kuasa jua. Lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati dan memuji kamu. Tidak ada dua orang yang beriman yang bertelingkah mengenai kamu. Wahai mereka yang baik-baik yang tinggal di tempat-tempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurniaan Allah dan Allah mempunyai kuasa yang tiada batasan.

Syarahan Yang Ketiga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apabila seorang hamba Allah SWT itu diuji oleh Allah, maka mula-mulanya dia akan cuba melepaskan dirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jika ia tidak berjaya, ia akan meminta pertolongan dari orang lain seperti raja-raja atau orang-orang yang berkuasa, orang-orang dunia, orang-orang hartawan dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan doctor atau bomoh. Jika ini pun tidak berjaya, maka kembalilah ia menghadapkan wajahnya kepada Allah SWT dan memohon sambil merayu kepadaNya. Selagi ia boleh menolong dirinya, dia tidak akan meminta pertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak akan meminta pertolongan Allah SWT.

Jika dia tidak dapat pertolongan Allah, maka berterusanlah ia merayu, sembahyang, berdoa dan menyerahkan dirinya dengan penuh harapan dan cemas terhadap Allah SWT. Allah SWT tidak akan menerima rayuannya sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslah dia dengan hal-hal keduniaan, maka ketentuan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah ia dari hal-hal keduniaan. Tinggallah padanya ruh sahaja.

Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah SWT den tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid ( keEsaan Allah). Pada hakikatnya tidak ada pelaku atau penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah SWT tidak ada baik dan tidak ada jahat, tiadan rugi dan tiada untung, dan tidak ada faedah dan tiada anugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya dan papa, bahkan segala-galanya adalah dalam ‘tangan’ Allah.

Hamba Allah itupun seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang mendiamkan diri atau seperti bola dikaki pemain bola, melambung, bergolek ke atas, ke tepi dan ke tengah, senantiasa berubah tempat dan kedudukan. Dan tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia keluar dari dirinya dan masuk ke dalam lakuan Allah SWT semata-mata.

Si hamba Allah yang begini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatanNya. Tidak ada yang didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan atau kerja Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan Allah dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui pengetahuan Allah. Ia akan dianugerahi dengan anugerah Allah. Beruntunglah dia, kerana hampirnya dengan Allah. Beliau akan diperhias dan dimuliakan. Redhalah dia dengan Allah. Bertambah hampirlah dia dengan Tuhannya. Bertambahlah cintanya dengan Allah.Bertambalah seronoknya dalam mengenang Allah. Terdirilah ia ‘di dalam Allah’. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah kepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. Beliau mendengar dan mengingat hanya dari Allah Yang Maha Tinggi. Sentiasalah dia bersyukur dan sembahyang ke hadrat Allah SWT.

Syarahan Yang Kedua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ikutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempuhi oleh Nabi Muhammad SAW dan jangan mengubah jalan itu. Patuhlah kepada Allah SWT dan RasulNya, jangan sekali-kali menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah SWT dan jangan menyekutukanNya. Allah SWT itu Maha Suci dan tidak sekali-kali mempunyai sifat-sifat yang cela dan kekurangan. Janganlah syak wasangka tentang kebenaran Allah SWT. Bersabarlah dan berpegang teguhlah kepadaNya. Bermohonlah kepadaNya dan menantilah dengan penuh kesabaran. Bersatu padulah dalam mentaatiNya dan janganlah berpecah belah. Cintailah antara satu sama lain dan janganlah berdengki-dengkian. Jauhkan diri dari segala noda dan dosa. Perendahkanlah dirimu dengan taat kepada Allah SWT. Janganlah berjauhan diri dariNya dan janganlah lupa kepadaNya. Jangan melengah-lengahkan lagi untuk bertaubat kepadaNya, dan kembali kepadaNya. Jangahlah jemu dengan memohon ampun kepada Allah siang dan malam, mudah-mudahan kamu dirahmatiNya dan dilindungiNya dari mara bahaya dan azab neraka dan kamu akan diberi kehidupan yang berbahagia dalam syurga dan bersatu dengan Tuhan dan kamu akan diberi nikmat-nikmat dari Allah. Kamu akan menikmati kebahagiaan dan kesentosaan yang abadi di syurga beserta dengan Nabi-Nabi, orang-orang Shidiq, orang-orang Syahid dan orang-orang yang Soleh. Berkekalanlah kamu di Syurga itu uuntuk selama-lamanya.

Syarahan Yang Pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan ialah :-

Melakukan segala perintah Allah SWT.
Menjauhkan diri dari segala yang haram.
Redha dengan segala hokum-hukumnya atau ketentuan (Takdir) Allah SWT.

Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini, bercakap dengan dirinya tentang perkara ini dan anggotanya melakukan perkara-perkara ini.